Penginapan Asrama Di Kota Kinabalu - Apa Yang Ada Di Fat Rhino Hostel

Penginapan asrama di Kota Kinabalu sesuai untuk pengembara dan pelancong yang mahu berjimat ataupun yang sedang berkelana dengan bajet yang terhad. Penginapan asrama di Kota Kinabalu sesuai untuk anda jika anda mahu menjimatkan kos untuk membayar penginapan tetapi mahu melebihankan kos untuk perkara-perkara lain yang anda anggap lebih penting seperti membeli makanan, membeli pakej pelancongan, membeli pakej selaman skuba atau membeli pakej mendaki ke puncak Gunung Kinabalu dalam rangka percutian anda di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Fat Rhino Hostel menyediakan penginapan asrama bajet di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. Jika anda mahu jimat, anda boleh menyewa sebuah katil di bilik dorm dengan harga di bawah RM50 sahaja. Murah, bukan? Ya, sememangnya murah!

Fat Rhino Hostel bukan hanya penginapan asrama bajet yang murah akan tetapi turut menyediakan beberapa lagi perkhidmatan lain seperti capaian internet tanpa wayar secara percuma, penggunaan dapur secara percuma, meja di ruang lobi yang boleh digunakan secara percuma (jika anda membawa laptop bersama-sama dengan anda) serta penggunaan mesin pembuat kopi yang diberikan secara percuma. Anda bahkan boleh memasak sendiri di dapur Fat Rhino Hostel secara percuma!

Pada masa kini penginapan asrama di Kota Kinabalu mendapat sambutan hangat kerana menawarkan bilik-bilik penginapan pada harga mampu dibayar yang biasanya dikenakan di bawah RM 50. Bagi warga tempatan yang datang ke Kota Kinabalu dari daerah-daerah lain seperti Keningau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu atau Semporna, penginapan asrama memberi alternatif kepada penginapan hotel yang biasanya dikenakan pada harga RM80 ke atas.

Apa Yang Ada Di Fat Rhino Hostel


Jika anda mahu tahu apa yang ada di Fat  Rhino Hostel, kami akan menceritakannya satu-persatu dengan amat detail di dalam artikel ini supaya anda mendapat gambaran jelas. Kami mulakan penerangan mengenai apa yang ada di Fat Rhino Hostel dengan bercerita mengenai kemudahan WiFi percuma yang ada di sediakan di setiap tingkat. Buat masa ini bangunan milik Fat Rhino Hostel hanya mempunyai 4 tingkat sahaja tetapi ada ruang terbuka di bahagian atap dipanggil sebagai roof top.

Tatkala anda mendaftar masuk untuk menginap di Fat Rhino Hostel, kakitangan yang bertugas di kaunter pendaftaran akan memberi anda password untuk menggunakan WiFi di Fat Rhino Hostel. Anda turut boleh duduk-duduk santai di ruang legar Fat Rhino Hostel di tingkat satu sambil menggunakan WiFi di situ.

Kami faham, pada hari ini, hampir semua dari kita mahu menggunakan talian internet kerana kita mahu sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di luar sana. Kami faham anda mahu menceritakan perjalanan anda ke Kota Kinabalu dan mahu menunjukkan di mana anda mengambil penginapan di Kota Kinabalu.

Denga kemudahan WiFi percuma, anda boleh membuka akaun laman sosial anda, bermesej menggunakan WhatsApp atau berhibur. Anda sudah boleh jimat kerana talian internet tanpa wayar yang diberikan tidak perlu anda bayar. Penginapan anda di Fat Rhino Hostel akan jadi lebih selesa.

Mesin Kopi Percuma


Sebagai tempat yang memberikan penginapan asrama di Kota Kinabalu, Fat Rhino Hostel turut memberikan pengunjung untuk merasai kopi secara percuma. Anda boleh mendapatkan kopi percuma di ruang legar Fat Rhino Hostel berdekatan dengan tingkap ruang dapur. Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa meter di ruang itu sebagai tempat untuk meletakkan mesin pembancuh kopi.

Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Bajet Murah Kota Kinabalu 01
Mesin pembancuh kopi yang menawarkan pelbagai perasa



Yang bestnya anda boleh mendapat kopi dalam beberapa jenis perasa seperti Espresso, Cappucino ataupun kopi hitam biasa yang hanya berupa hidangan kopi panas bercampur gula.

Mesin kopi yang ada di sediakan hanya membancuh kopi tapi air kopi yang dihasilkan oleh mesin adalah tidak bergula. Anda perlu menambah gula. Jangan risau, balang gula ada di sediakan berhampiran. Coffee mug turut disediakan berhampiran mesin pembancuh kopi yang anda lihat di Fat Rhino Hostel.

Apa yang anda perlu buat untuk mendapat kopi percuma? Pergi ke mesin pembancuh kopi, pilih coffee mug yang anda mahu gunakan sebagai cawan untuk kopi anda. letakkan di saluran pengeluar mesin pembancuh kopi, pilih perasa kopi yang anda suka (sama ada Espresso, Cappucino atau Black Coffee) kemudian tekan. Setelah itu anda hanya perlu menunggu mesin kopi memproses perasa pilihan anda. Anda boleh pilih sama ada mahu one shot ataupun double shot.

Meja Stail Bar


Meja stail bar yang dibina tinggi melebihi paras pinggang terdapat di ruang legar Fat Rhino Hostel. Tujuan meja ini dibina adalah untuk menjadi meja pelbagai guna sama ada untuk menaip di laptop, untuk berbual-bual sambil menikmati minuman (termasuk meminum kopi percuma yang disediakan oleh pihak Fat Rhino Hostel) ataupun untuk membalas mesej-mesej di telefon pintar anda.


Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Gaya Street Kota Kinabalu 1 640x480px
Ruang Legar Asrama Penginapan Fat Rhino Hostel


Sebenarnya, kami sudah meneliti beberapa asrama penginapan lain di Kota Kinabalu. Kebanyakan asrama penginapan lain yang ada di bandaraya Kota Kinabalu tidak menyediakan meja stail bar seperti yang disediakan oleh Fat Rhino Hostel. Jika ada, hanyalah untuk kegunaan dua orang sahaja tetapi di asrama penginapan Fat Rhino Hostel tidak begitu. Kami menyediakan meja stail bar bereka bentuk moden yang panjang serta sesuai untuk ramai orang termasuklah untuk kegunaan peribadi.

Beberapa soket elektrik terdapat di bahagian bawah meja tersedia untuk anda gunakan bila-bila masa. Oleh kerana itu, anda boleh gunakan aliran elektrik dari soket-soket tersebut untuk mengecas laptop, mengecas semula telefon pintar anda ataupun tablet anda. Kami faham pengguna masa kini amat perlukan peralatan pintar jadi kami selesakan penginapan anda di Fat Rhino Hostel dengan menyediakan soket elektrik untuk memudahkan anda mengecas semula bateri peranti-peranti elektronik milik anda.

Jika anda tidak mahu duduk di meja stail bar yang disediakan di ruang sudut menghadap tingkap keluar, anda boleh duduk di ruang sofa Fat Rhino Hostel yang berwarna kuning. Sofa ini sungguh ikonik buat kakitangan Fat Rhino Hostel juga para pengunjung yang pernah menginap di Fat Rhino Hostel kerana ia menampilkan warna kuning yang menjadi warna rasmi bangunan Fat Rhino Hostel.

Bar Penuh


Baru penuh berciri sports bar sebenarnya sudah ada di Fat Rhino Hostel cuma belum di buka lagi kepada umum. Buat masa ini, ruang bar di Fat Rhino Hostel masih ditutup. Apabila beroperasi sepenuhnya, bar Fat Rhino Hostel mampu memuatkan puluhan pengunjung pada satu masa terutama pada waktu malam juga pada hujung minggu. Bar tersebut dibuka untuk pengjung yang menginap di Fat Rhino Hostel juga untuk orang awam.

Ruang Atap Terbuka


Ruang atap terbuka ataupun lebih popular dipanggil sebagai rooftop terdapat di tingkat 5 bangunan Fat Rhino Hostel. Maaflah, anda perlu naik ke atas dengan menggunakan tangga kerana Fat Rhino Hostel tidak mempunyai lif untuk membawa anda naik dari tingkat 1 sehingga ke tingkat 5.

Inilah kelebihan yang ada pada Fat Rhino Hostel berbanding asrama penginapan lain yang ada di pusat bandar Kota Kinabalu. Apabila berada di ruang atap terbuka, anda boleh menikmati pemandangan indah dari bangunan Fat Rhino Hostel serta boleh menikmati kelembutan angin yang bertiup dari Laut China Selatan. Anda boleh lihat Pulau Gaya serta ruang laut dengan lebih meluas.

Ruang atap terbuka turut menghadap Bukit Bendera iaitu bukit yang popular sebagai kawasan tumpuan pelancong di bandaraya Kota Kinabalu terutama yang menginap di Jalan Gaya. Apabila anda berada di ruang atap terbuka lalu berdiri menghadap Bukit Bendera, anda akan dapat melihat Menara Peninjauan Signal Hill yang menjadi kawasan popular di kalamgan pelancong.

Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Gaya Street Kota Kinabalu 0002 1
Menara Pemerhatian Signal Hill

Anda akan dapat lihat bangunan-bangunan lain seperti Horizon Hotel, Kinabalu Daya Hotel serta Centre Point yang nun jauh di sana. Pendek kata, tatkala berada di ruang atap terbuka Fat Rhino Hostel, anda akan merasa sungguh tenang. Memang tidak rugi berada di Fat Rhino Hostel.

Fat Rhino Hostel - Pengenalan Awal

Fat Rhino Hostel merupakan hostel terbaharu dan penginapan asrama di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bangunan rasmi Fat Rhino Hostel terletak di nombor 120, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Secara umumnya Jalan Gaya popular dipanggil sebagai 'Gaya Street' di kalangan penduduk tempatan yang menetap di Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ini kerana Jalan Gaya dikenali ramai sebagai kawasan tumpuan pelancong dan menerima kunjungan ramai pelancong-pelancong asing yang menikmati pemandangan indah di sekitar Jalan Gaya.


Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Fat Rhino Hostel Di Jalan Gaya


Jika anda sampai di bandaraya Kota Kinabalu, anda boleh mengenali bangunan Fat Rhino Hostel dari warna rasmi bangunannya. Bangunan Fat Rhino Hostel dicat dengan warna kuning sepenuhnya. Itu jika anda mahu mencari Fat Rhino Hostel dari aspek warna bangunan. Seterusnya, kita akan berbicara mengenai bagaimana untuk mencari Fat Rhino Hostel dengan merujuk kepada kawasannya iaitu lokasi fizikal Fat Rhino Hostel.

Bagaimana Untuk Mencari Fat Rhino Hostel


Untuk mencari Fat Rhino Hostel dengan mudah, anda hanya perlu mencari di mana terletaknya Jalan Gaya di bandaraya Kota Kinabalu. Untuk mencari Jalan Gaya pula, anda hanya perlu mencari landmark popular yang berdekatan dengannya iaitu seperti bangunan DBKK (terletak di depan Jalan Gaya), Mandarin Hotel (terletak di bahagian hadapan Jalan Gaya) ataupun Menara Jam Atkinson (terletak di atas bukit kecil berhampiran Jalan Gaya, boleh dilihat dengan jelas oleh pengunjung dari Jalan Gaya).

Cara paling mudah, cari sahaja Pizza Hut Jalan Gaya, Kota Kinabalu kerana Fat Rhino Hostel terletak ngam-ngam di tingkat satu, di atas kedai Pizza Hut Jalan Gaya. Cara lain, cari sahaja Sugar Bun Jalan Pantai kerana Fat Rhino Hostel terletak bersebelahan outlet Sugar Bun. Jika di bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Pantai hanya terletak bersebelahan dengan Jalan Gaya. Jadi, mudah untuk anda mencari Fat Rhino Hostel di atas peta.

Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Bajet Murah Kota Kinabalu 03
Pemandangan Fat Rhino Hostel Dari Jauh - Sumber: Instagram


Andai kata anda sedang berada di Kota Kinabalu sekarang ini dan mahu mencari Fat Rhino Hostel, tanya sahaja pada mana-mana petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Setiap dari mereka amat arif mengenai kedudukan fizikal Fat Rhino Hostel dan di mana Fat Rhino Hostel berada.

Jika pada sebelah malam, anda akan mudah menemui Fat Rhino Hostel di kawasan Jalan Gaya kerana ia terletak berdekatan dengan pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras serta mendedangkan lagu-lagu popular di hadapan Sugar Bun Jalan Pantai. Jika di kawasan bandaraya Kota Kinabalu, hanya ada satu Sugar Bun dan hanya ada di Jalan Pantai sahaja yang bersebelahan dengan Jalan Gaya.

Penginapan Asrama Di Kota Kinabalu


Fat Rhino Hostel menyediakan khidmat penginapan bercorak asrama untuk memenuhi permintaan dari pengunjung juga pelancong luar yang mencari penginapan asrama di Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan anda, penginapan asrama amat berbeza sekali dengan penginapan hotel.

Ini kerana, penginapan asrama menawarkan harga penginapan yang jauh lebih murah dari penginapan hotel di tambah lagi dengan kebebasan untuk berkenal-kenalan serta bersosial dengan pengujung penginapan yang lain yang sedang menginap di tempat yang sama. Jika di Kota Kinabalu, penginapan asrama masih kurang popular namun mendapat sambutan hangat terutama dari pelancong asing yang mengembara dengan stail backpackers.