Fat Rhino Hostel - Pengenalan Awal

Fat Rhino Hostel merupakan hostel terbaharu dan penginapan asrama di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bangunan rasmi Fat Rhino Hostel terletak di nombor 120, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Secara umumnya Jalan Gaya popular dipanggil sebagai 'Gaya Street' di kalangan penduduk tempatan yang menetap di Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ini kerana Jalan Gaya dikenali ramai sebagai kawasan tumpuan pelancong dan menerima kunjungan ramai pelancong-pelancong asing yang menikmati pemandangan indah di sekitar Jalan Gaya.


Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Fat Rhino Hostel Di Jalan Gaya


Jika anda sampai di bandaraya Kota Kinabalu, anda boleh mengenali bangunan Fat Rhino Hostel dari warna rasmi bangunannya. Bangunan Fat Rhino Hostel dicat dengan warna kuning sepenuhnya. Itu jika anda mahu mencari Fat Rhino Hostel dari aspek warna bangunan. Seterusnya, kita akan berbicara mengenai bagaimana untuk mencari Fat Rhino Hostel dengan merujuk kepada kawasannya iaitu lokasi fizikal Fat Rhino Hostel.

Bagaimana Untuk Mencari Fat Rhino Hostel


Untuk mencari Fat Rhino Hostel dengan mudah, anda hanya perlu mencari di mana terletaknya Jalan Gaya di bandaraya Kota Kinabalu. Untuk mencari Jalan Gaya pula, anda hanya perlu mencari landmark popular yang berdekatan dengannya iaitu seperti bangunan DBKK (terletak di depan Jalan Gaya), Mandarin Hotel (terletak di bahagian hadapan Jalan Gaya) ataupun Menara Jam Atkinson (terletak di atas bukit kecil berhampiran Jalan Gaya, boleh dilihat dengan jelas oleh pengunjung dari Jalan Gaya).

Cara paling mudah, cari sahaja Pizza Hut Jalan Gaya, Kota Kinabalu kerana Fat Rhino Hostel terletak ngam-ngam di tingkat satu, di atas kedai Pizza Hut Jalan Gaya. Cara lain, cari sahaja Sugar Bun Jalan Pantai kerana Fat Rhino Hostel terletak bersebelahan outlet Sugar Bun. Jika di bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Pantai hanya terletak bersebelahan dengan Jalan Gaya. Jadi, mudah untuk anda mencari Fat Rhino Hostel di atas peta.

Fat Rhino Hostel Asrama Penginapan Bajet Murah Kota Kinabalu 03
Pemandangan Fat Rhino Hostel Dari Jauh - Sumber: Instagram


Andai kata anda sedang berada di Kota Kinabalu sekarang ini dan mahu mencari Fat Rhino Hostel, tanya sahaja pada mana-mana petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Setiap dari mereka amat arif mengenai kedudukan fizikal Fat Rhino Hostel dan di mana Fat Rhino Hostel berada.

Jika pada sebelah malam, anda akan mudah menemui Fat Rhino Hostel di kawasan Jalan Gaya kerana ia terletak berdekatan dengan pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras serta mendedangkan lagu-lagu popular di hadapan Sugar Bun Jalan Pantai. Jika di kawasan bandaraya Kota Kinabalu, hanya ada satu Sugar Bun dan hanya ada di Jalan Pantai sahaja yang bersebelahan dengan Jalan Gaya.

Penginapan Asrama Di Kota Kinabalu


Fat Rhino Hostel menyediakan khidmat penginapan bercorak asrama untuk memenuhi permintaan dari pengunjung juga pelancong luar yang mencari penginapan asrama di Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan anda, penginapan asrama amat berbeza sekali dengan penginapan hotel.

Ini kerana, penginapan asrama menawarkan harga penginapan yang jauh lebih murah dari penginapan hotel di tambah lagi dengan kebebasan untuk berkenal-kenalan serta bersosial dengan pengujung penginapan yang lain yang sedang menginap di tempat yang sama. Jika di Kota Kinabalu, penginapan asrama masih kurang popular namun mendapat sambutan hangat terutama dari pelancong asing yang mengembara dengan stail backpackers.